Home » » Belajar Blogging - Memasukan Imej

Belajar Blogging - Memasukan Imej

Written By Pentadbir on Wednesday, April 19, 2017 | April 19, 2017

(Sila klik pada mana imej di sini untuk mendapat paparan lebih jelas)

Bahagian 1
Memasukan imej
Klik pada ikon "Insert image" untuk mendapatkan arahan selanjutnya.


Mari kita mulakan dengan memuatnaik imej dari komputer/laptop anda. Pilih "Choose files" yang terdapat di bawah menu "Upload".

Anda akan dipaparkan dengan direktori yang terdapat di dalam komputer/laptop anda. Anda boleh memuat naik satu imej atau lebih dari satu imej pada satu masa. Walau bagaimana pun, lebih banyak imej yang dimuatnaik pada satu masa maka lebih lama masa yang diperlukan terutama imej-imej bersaiz besar.

Pilih imej yang ingin dimuatnaik dan klik "open"dan tunggu sehingga imej tersebut selamat dibawa naik.

Pilih imej yang ingin dimasukan dengan mengklik pada imej tersebut. Pastikan terdapat lingkaran biru di sekeliling imej tersebut. Sekiranya anda ingin memasukan beberapa imej serentak, pastikan ke semua imej tersebut mempunya lingkaran biru.

Sekiranya terdapat imej-imej yang tidak berkenaan juga mempunyai lingkaran biru, klik pada imej yang tidak berkenaan untuk menghilangkan lingkaran tersebut.

Selepas itu klik pada butang "Add selected" dan oh la la. Imej anda telah siap untuk dipamerkan.



Berbanding kebanyakan aplikasi-aplikasi lain yang meletakkan imej berada di sebelah kiri, aplikasi pelayan Blogspot pula meletakkan kedudukan imej ditengah-tengah sebagai tetapan (default). Saiz imej pula akan ditentukan oleh blogspot mengikut saiz yang sesuai. Sekiranya saiz itu terlalu kecil biasanya blogspot akan melayan sebagai saiz sebenar (Original Saiz). Sekiranya saiz terlalu besar, blogspot akan melayannya mengikut kesesuaian saiz paparan posting tersebut. Namun begitu, anda tidak perlu risau. Klik sahaja pada imej tersebut dan anda akan dipaparkan dengan menu seperti di bawah ini. Pilih saja saiz dan kedudukan imej tersebut mengikut selera anda.






Share this article :

0 comments:

Post a Comment