(Sila klik pada mana imej di sini untuk mendapat paparan lebih jelas)
Terdapat dua cara untuk memasuki pengurusan blog (sign in):
- Mengklik menu "sign in" yang terdapat di sudut atas sebelah kanan.
- Melalui alamat web: www.blogger.com sekiranya menu "sign in" tersebut tidak kelihatan.
Apabila anda memasuki ruang pengurusan blog (Dashboard), anda akan dipaparkan dengan menu seperti imej di atas. Sekiranya anda hanya seorang "author", anda mungkin tidak dapat melihat keseluruhan menu tersebut.
Pilih "POSTS" kemudian pilih "New Post" dan pengembaraan anda bermula.
Secara asasnya (by default), teks akan bermula dari sebelah kiri dan susunannya tidak sejajar (justify). Terpulangkepada anda mencorakkan kedudukan teks yang anda masukan.
Mudah bukan? Selepas itu anda hanya perlu menekan butang "Publish" dan posting anda akan dipaparkan. Jangan bimbang. Posting anda masih boleh disunting (edit) semula pada bila-bila masa. Anda hanya perlu meletakan tetikus di mana-mana posting anda dan menu edit akan keluar seperti imej di bawah ini:
Sekiranya anda masih tidak mahu menerbitkan posting anda, anda masih boleh menyimpannya (save) dahulu dan tutup (close). Posting anda akan disimpan sebagai "draft" sahaja. Sepanjang masa anda mengarang posting anda, blogspot akan menyimpannya (save) secara otomatik. Hanya apabila anda tutup aplikasi sedangkan blogspot masih belum menyimpan masukan terakhir, anda akan diingatkan sama ada ingin menyimpan masukan terakhir atau tidak.
Perbezaan di antara mode "New Post" dengan "edit" ialah, pilihan "Publish" akan digantikan dengan "Update". Sekiranya anda membuka semula fail deraf, anda akan dapati pilihn "Publish" masih kekal di situ.
Sekarang mari kita mula mengolah semula teks. Seperti aplikasi-aplikasi lain, blogspot juga mempunya kemudahan minima untuk anda membuat penampilan menarik dalam posting anda. beberapa pilihan bentuk dan saiz teks disediakan menerusi dropdown menu (rujuk imej di bawah):
Tiba masa untuk kita mula menghias teks samada setiap aksara, satu perkataan, satu ayat atau satu perenggan. Ianya boleh digunakan sebagai satu arahan atau kombinasi beberapa arahan.
0 comments:
Post a Comment